Wednesday, July 28, 2010

Kuda Kepang.

Kuda Kepang

Hai semua!!!!! :D Maaf kerana saya tidak sering mengemaskinikan blog saya ini. Maklumlah, saya agak sibuk dan kadang-kala malas pula. ^^

Kali ini, saya akan berkongsi tentang Kuda Kepang.

Pada Sabtu yang lalu, 24 Julai 2010, saya ke Perkampungan Melayu di daerah Geylang bersama mak cik-mak cik, nenek, saudara-mara(semua sebelah ibu), ibu dan kakak saya.. Tujuan utama kami adalah untuk membeli-belah tetapi mak cik saya mengajak saya untuk menonton persembahan Kuda Kepang. Acara atau persembahan Kuda Kepang ini diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad. Itulah kali pertama saya menonton Kuda Kepang Siaran Langsung dan dari mula sampai akhir. 'Persembahan' mereka bermula pada jam 8.45 malam hingga 10.20 malam. Pada mulanya, saya agak seram kerana telah mendengar kata-kata orang tentang Kuda Kepang. Memanglah persembahan Kuda Kepang agak Menyeramkan tetapi ia agak seronok dan juga meletihkan kerana saya hanya berdiri. Ramai orang Melayu yang menonton. Mereka berdiri dan ada yang duduk di sekeliling 'pentas'. Inilah video-video yang diambil. MAAF JIKA KUALITI VIDEO-VIDEO BERIKUT RENDAH. (=


Itulah video-video yang diambil. 
Sekarang, saya akan memberi sedikit maklumat tentang Kuda Kepang. =)
Kuda Kepang berasal dari Jawa, Indonesia. Kuda kepang biasa dimainkan di majlis perkahwinan. Alat muzik yang digunakan ialah Gamelan, Angklung, Gendang dan Gong. Penari akan mula menari dahulu. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda mengikut rentak dan irama lagu itu. Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat, melompat-lompat, memijak kaca dan sebagainya. Naik ngeri dan seram saya! Mereka ini seperti 'disampuk' oleh syaitan. Persembahan Kuda Kepang akan selesai apabila semua penarinya telah sedar semula. Pada waktu itu, mungkin penari-penari itu akan berasa penat sekali kerana mereka telah berlari-lari, melompat-lompat dan melakukan aksi-aksi yang menggunakan banyak tenaga. 
Sampai di sini sahaja. (: Harap maklumat Kuda Kepang ini memuaskan hati para pembaca semua! =)

~Shiqah(:

Friday, July 9, 2010

Tak Akan Hilang melayu Di Dunia

Hi semua pembaca! Haha, apa lah saya berbual. Saya tidak pasti jika ada atau tidak pembaca blog melayu saya ini. Tidak mengapa. Kali ini, saya mahu kongsi lirik lagu Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia. Saya mendengar lagu ini di Facebook. Teman Facebook saya, Dan Loco yang menyanyikan lagu ini dengan temannya, Yol Stylus. Lirik :

(Dan Loco)
tak akan Melayu hilang didunia!,
langkah kanan,kiri berkuda,
kalau jatuh bangun semula,
kalau Melayu ku mekarkan semua!,


tanah kita,tapak kita,tapi siapa yang tuai?,
benarkah kita malas,kita lalai,kita cuai?,


pantas berpuas hati,tolak rezeki,penagih bomoh,
malam sampai pagi tolak papan dam bawah kolong,
tagak mabuk lagi,kalah judi,anak dibunuh,
bukak gerai,bukak kedai tapi tutup tanpa untung,


mana laksmana?,mana pendekar?,mana satria?,
kurang bilangan kita kerna kebanyakan dipenjara,
Melayu tanpa Sultan?,bertambah ganjil,
selepas Yusoff Ishak semua tunggu,tiada yang tampil,


mana Jawinya?,P.Ramlee nya?,mana Adnan nya?,
amuk si Jebat kerna Melayu tiada "Tuah"nya,
tak akan Melayu hilang didunia,
majulah Melayu,mekarlah Insya'Allah!


(Yol Stylus)
Takkan hilang melayu di dunia
Itu satu sumpahan
Yang terkenal dari laksmana penuh ketabahan


Pandanglah
Bahasa dan bangsa
Agar kita tidak lupa asal usul
Untuk Berjuang kearah yang benar


Kita harus bersatu
Usah beragu - ragu
aku ingin menjadi bangsawan bukan pahlawan
Peduli apa kalau itu mereka fikirkan
Aku tidak mahu melihat bangsaku dimainkan


Takkan kering air perigi, sama juga melayu di bumi
Bila muka diberi, kesempatan pula di bagi
Kalau hidup untuk kepengtingan diri sendiri,
tiada kemajuan untuk berbakti


Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
Kita bercakap satu bahasa, tak usahlah belit - belitkan


Agongkan la bahasa kita
Hati manusia sama dicecah
Kita Sama sama rasa

Itulah lirik untuk lagu Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia (:
Jika sesiapa berminat hendak mendengar lagu ini, carilah kumpulan danLoco aka r.kadafi di lelaman Facebook.

Wednesday, July 7, 2010

#3 , Baju Kurung .....

Remaja-remaja melayu perempuan dan lelaki di Singapura zaman sekarang jarang memakai baju kurung apabila keluar ke mana-mana, cuma jika ingin ke majlis perkahwinan dan bila Hari Raya tiba. Ramai yang suka dan memakai baju-baju yang orang-orang barat pakai. Haish. Kenapa begitu ? O.O

Eh, saya macam faham. Padahal, saya pun tidak memakai baju kurung kalau hendak ke mana-mana. Saya ada beberapa alasan. Antaranya : baju kurung saya semuanya terlalu panjang, kadang-kala saya akan rasa panas. *mengeluh*  Macam-macam alasan kan? -__-

Tetapi, yang mengejutkan saya ialah ada mak cik-mak cik di Singapura yang memakai pakaian yang tidak sepatutnya dipakai. Kadang-kala, ada mak cik-mak cik yang perasan muda. Ish ish ish. Insaflah wahai mak cik-mak cik. Hahaha! Maaf ya mak cik-mak cik semua ! (:

Lihatlah perbezaan antara baju kurung zaman dahulu (kiri) dan zaman kini (kanan).
Pada pendapat saya, corak baju kurung zaman dahulu kampungan sedikit dan corak baju kurung zaman sekarang pula lebih cantik. Tetapi, baju kurung zaman dahulu menutupi aurat dan ada baju kurung moden jarang. Jika wanita/remaja wanita memakai baju kurung zaman dahulu, mungkin mereka akan kelihatan lebih ayu. Akan tetapi, kedua-duanya tetap cantik.


 Baju kurung lelaki pula semuanya sama. Hahahha. ;D Cuma warnanya yang berlainan dan ada yang berlainan corak.

Sampai di sini sahaja. Kepada remaja-remaja melayu perempuan dan lelaki, cubalah memakai baju kurung jika hendak keluar. Haha, saya sungguh macam faham. haha. (:


~Rushiqah (:

Monday, July 5, 2010

Kuih-Muih Melayu .



KUIH-MUIH MELAYU (:

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM..... Sedapnya Kuih-muih yang berwarna-warni itu!!! ;D Terdapat pelbagai jenis kuih-muih melayu tradisional. Bahan utama kuih-muih melayu adalah santan dan daun pandan. Santan membuat kuih itu berasa lemak dan lazat. Daun pandan pula membuat kuih itu harum.

Contoh kuih-muih melayu adalah :

Putri Salat

Putri Salat merupakan kuih tradisi yang terkenal & disukai ramai kerana rasa manisnya. Putri Salat juga dikenali sebagai Serimuka. Dua bahan utama untuk Kuih Putri Salat : Seri kaya & pulut. Putri Salat dijual di pelbagai kedai makan atau kedai kuih dan mudah dicari dimana-mana, terutama sekali pada bulan puasa, di bazaar-bazaar Ramadan. Pada yang belum pernah makan Putri Salat, cubalah! (:


Tepung Pelita

Tepung Pelita merupakan kuih tradisional yang sedap & enak rasanya. Tepung Pelita dibuat daripada santan & tepung beras & dimasak dalam bekas yang diperbuat dari daun pisang. Ditengah-tengahnya diisi dengan air gula yang menjadikannya rasa lemak & manis.Tepung Pelita terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian atas ; lembut, dibuat daripada santan & berwarna putih. Bahagian bawahnya pula dibuat daripada tepung beras, berwarna hijau-kehijauan & lebih keras dari bahagian atas. Dan kepada yang belum pernah rasa kuih Tepung Pelita ini, saya cadangkan anda untuk mencubanya dengan segera kerana rasa kuih ini amat manis dan sedap! (;
 

Inilah yang dapat saya kongsi tentang Kuih-Muih Melayu. Cubalah kuih-kuih melayu yang dapat ditemui. Manis, Sedap, Rasa Lemak dan semuanya! :D

~Rushiqah (:

Wednesday, June 30, 2010

Imran Ajmain - Bahasa Menjunjung Bangsa .


Merdukan suara Imran Ajmain ? ;) Lagu ini amat sedap . Saya suka ! ^^ Tetapi , saya lebih suka lagu ini didendangkan oleh Imran Ajmain daripada didendangkan oleh Taufik Batisah kerana Taufik Batisah menyanyikan lagu ini dengan 'slang' inggeris . Maaflah peminat-peminat Taufik Batisah . Walaubagaimanapun , kedua-dua penyanyi ini mendendangkan lagu ini dengan baik (:


Ayat yang saya gemari ialah "Budaya Nilai Maruah Bangsa ." 




~Rushiqah (: