Wednesday, July 28, 2010

Kuda Kepang.

Kuda Kepang

Hai semua!!!!! :D Maaf kerana saya tidak sering mengemaskinikan blog saya ini. Maklumlah, saya agak sibuk dan kadang-kala malas pula. ^^

Kali ini, saya akan berkongsi tentang Kuda Kepang.

Pada Sabtu yang lalu, 24 Julai 2010, saya ke Perkampungan Melayu di daerah Geylang bersama mak cik-mak cik, nenek, saudara-mara(semua sebelah ibu), ibu dan kakak saya.. Tujuan utama kami adalah untuk membeli-belah tetapi mak cik saya mengajak saya untuk menonton persembahan Kuda Kepang. Acara atau persembahan Kuda Kepang ini diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad. Itulah kali pertama saya menonton Kuda Kepang Siaran Langsung dan dari mula sampai akhir. 'Persembahan' mereka bermula pada jam 8.45 malam hingga 10.20 malam. Pada mulanya, saya agak seram kerana telah mendengar kata-kata orang tentang Kuda Kepang. Memanglah persembahan Kuda Kepang agak Menyeramkan tetapi ia agak seronok dan juga meletihkan kerana saya hanya berdiri. Ramai orang Melayu yang menonton. Mereka berdiri dan ada yang duduk di sekeliling 'pentas'. Inilah video-video yang diambil. MAAF JIKA KUALITI VIDEO-VIDEO BERIKUT RENDAH. (=


Itulah video-video yang diambil. 
Sekarang, saya akan memberi sedikit maklumat tentang Kuda Kepang. =)
Kuda Kepang berasal dari Jawa, Indonesia. Kuda kepang biasa dimainkan di majlis perkahwinan. Alat muzik yang digunakan ialah Gamelan, Angklung, Gendang dan Gong. Penari akan mula menari dahulu. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda mengikut rentak dan irama lagu itu. Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat, melompat-lompat, memijak kaca dan sebagainya. Naik ngeri dan seram saya! Mereka ini seperti 'disampuk' oleh syaitan. Persembahan Kuda Kepang akan selesai apabila semua penarinya telah sedar semula. Pada waktu itu, mungkin penari-penari itu akan berasa penat sekali kerana mereka telah berlari-lari, melompat-lompat dan melakukan aksi-aksi yang menggunakan banyak tenaga. 
Sampai di sini sahaja. (: Harap maklumat Kuda Kepang ini memuaskan hati para pembaca semua! =)

~Shiqah(: